5 PUNCA KENAPA WAJAH MAKIN TERUK WALAUPUN DAH PAKAI PRODUK YANG TERMAHAL DI DUNIA


Semua wanita sangat mendambakan muka yang cantik dan licin. Sebab itu wanita cenderung untuk memilih produk penjagaan muka di pasaran demi menjaga wajah mereka. Tak kira samada produk tersebut mahal atau sebaliknya, asalkan ianya dapat menjaga dan mencantikkan wajah, ianya tidak menjadi isu.

Namun tak semua produk penjagaan muka yang digunakan memberikan hasil yang baik. Ada yang mengalami masalah muka “break out”, ada juga yang mengalami masalah kulit sensitif disebabkan “skin barrier” menjadi nipis atau rosak dan ada juga yang naik jerawat besar atau bernanah.

Jadi, dalam artikel ini, kami akan share 5 punca kena wajah makin teruk walaupun dah pakai produk yang termahal di dunia.

#1 – PENGGUNAAN ALAT MAKE UP TIDAK TERKAWAL!

Ramai yg tak tahu, sebenarnya penggunaan alat solek juga boleh menyumbang kepada masalah kulit berminyak, kering serta jerawat
Ia berpunca daripada alat solek yg mengandungi komedogenik.

Komedogenik ialah bahan yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan akhirnya menyebabkan iritasi dan jerawat kosmetik
Selain itu, mengenakan alat solek dalam jangka masa terlalu lama boleh menyebabkan liang pori tersumbat.

Seterusnya, menghasilkan masalah seperti jerawat dan sebagainya. Sebab itulah, ada yg merungut. Walaaupun dah pakai alat solek dan kosmetik jenama mahal, tapi masalah wajah tetap tak dapat diselesaikan

Bagi yg alami masalah ni, berikut merupakan beberapa tips untuk selesaikannya :

  • Jangan tidur tanpa membersihkan muka daripada solekan
  • Pilih alat solek yang mempunyai label bukan komedogenik untuk mengelakkan bahan alat solek itu terkumpul dalam liang pori pada muka
  • Elakkan daripada memakai alat solek terlalu kerap, ini bagi memberi peluang untuk kulit sembuh dan kembali segar

#2 – TERSALAH PILIH SKINCARE YANG ADA BAHAN KIMIA TERLARANG SEPERTI MERKURI!

Ramai wanita terpengaruh dengan iklan hype, kesan atau perubahan serta merta. Maklumlah, terdesak sangat nak selesaikan masalah wajah sampai terpengaruh dengan produk ekspres yg mengandungi merkuri

Ingat, jangan terpengaruh dengan duta produk semata-mata. Walaupun produk tersebut diwakili oleh public figure atau instafamous, ia bukanlah jaminan bahawa produk tersebut adalah selamat.

Begitu juga dengan Not KKM, ia bukanlah ‘jaminan dari langit’ dan 100% selamat. Terlalu banyak produk kosmetik yg mempunyai Not KKM tapi, ditarik balik pengeluarannya secara tiba-tiba disebabkan mereka menambah bahan terlarang (selepas mendapat kelulusan KKM) bagi memberikan kesan serta merta

Macam mana cara nak kesan produk berasaskan bahan kimia?
Tak lain tak bukan, produk tersebut memberikan perubahan atau kesan dalam masa yg singkat

Jadi, macam mana pula cara untuk elakkan dari terjebak dengan produk merbahaya ni?

Disarankan, pilihlah produk yg dibangunkan melalui R&D, telah diuji secara klinikal serta menggunakan bahan organik dari tumbuh-tumbuhan semulajadi

#3 – TIDAK AMALKAN AMALAN TEMPOH BERTENANG BILA TUKAR PRODUK

Bila dah terdesak untuk rawat masalah break out atau masalah wajah, mulalah kita cuba macam-macam produk. Selepas satu produk tak berkesan, kita cuba produk lain pula. Hinggakan kita tak aware yang kita dah habiskan ratusan malahan ribu disebabkan asyik bertukar-tukar produk.

Dahlah tu, bila bertukar-tukar produk, kita tak pulak amalkan proses “TEMPOH BERTENANG”. Tempoh bertenang ini penting untuk muka kita supaya muka kita dapat disediakan untuk menerima produk baru.

Disarankan tempoh bertenang adalah dari 14-28 hari. Ini seiring dengan skin life cycle yang bergantung pada faktor umur. Makin berusia, makin panjang skin life cycle

#4 – TIDAK MENGIKUT ATURAN YANG BETUL SEMASA MEMAKAI PRODUK

Aturan pemakaian produk juga sangat penting. Sebab satu produk mempunya fungsinya yang tertentu. Cleanser perlu dipakai pada awalnya sebelum toner, begitu juga serum, cream dan sebagainya

Berikut merupakan aturan secara general sebagai panduan

#5 – TIDAK ADA RUTIN MENGGUNAKAN SCRUB!

Point ke 3 ni mungkin nampak remeh tapi, percayalah kalau diabaikan akan beri kesan negatif pada kulit wajah. Penggunaan scrub tersangatlah penting bagi memastikan wajah betul-betul bersih sebelum menerima sentuhan bahan kosmetik yg lain

Scrub bertindak menyingkir sel kulit mati yg menyebabkan produk wajah yg disapu tidak dapat meresap ke dalam kulit dengan sempurna

Seterusnya, menyebabkan kulit kelihatan kusam dan gelap. Scrub juga boleh membantu mengelakkan liang pori daripada tersumbat yang akan menyebabkan kulit berminyak dan ditumbuhi jerawat

Scrub wajah memang penting untuk exfoliate muka kita daripada sel-sel mati. Sel-sel mati inilah yg menyebabkan muka menjadi gelap, make up tak sekata, dan kelihatan kusam

Tapi, bukan semua scrub dalam pasaran selamat dan berkesan. Jadi, berhati-hatilah dalam memilih scrub yg ada dalam pasaran

Jika anda sedang mencari SCRUB yang selamat dan natural, kami cadangkan ..

LAVENDER ARABICA FACE SCRUB

Dengan harga tak sampai RM50, anda dapat SCRUB dengan isi 100g. Dah ramai mengunakannya dan dah dapat hasil kulit yang memuaskan hati seperti Kak Ujie ni

Boleh tengok feedback dari Kak Ujie berikut

Jika nak tahu lebih lanjut boleh klik butang dibawah untuk info lanjut

LAVENDER ARABICA FACE SCRUB

Jadi, dalam artikel ini anda dah tahu 5 punca wajah kita jadi makin teruk. Diharap artikel ini dapat membantu anda semua menjadi pengguna yang bijak dan aware dalam pemilihan produk

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca artikel ini. Jangan lupa untuk bantu share artikel ini supaya wanita lain dapat manfaat darinya

Wanita tidak boleh lari dari kecantikan, tetapi kecantikan boleh lari dari Wanita

anynomous

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.