Skip to main content

5 Punca Masalah Jeragat Yang Merimaskan Yang Perlu Anda Tahu

Jeragat merupakan masalah kulit yang biasa dihadapi oleh wanita terutama dikawasan asia yang beriklim panas. Jeragat adalah tompok-tompok kecil atau satu tompoh besar yang ada pada permukaan kulit muka dan kebiasaannya berwarna gelap dari warna kulit sedia ada. Keadaan ini membuatkan tona kulit tidak sekata, menyebabkan muka kita nampak tidak berseri dan kusam.

Bila dah ada jeragat di muka, bila tengok cermin rasa tak selesa malahan rimas, betul tak?

Jadi jom kita lihat apa punca utama jeragat terjadi

 

1.Terdedah pada sinaran matahari

Warna tona kulit kita terdiri daripada pigmen dikenali sebagai Melanin dimana fungsinya melindungi sel kulit dari bahaya sinaran UV. Melanin terhasil dari sel yang bernama Melanocytes dan ianya dipengaruhi oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari. Jadi semakin banyak kita terdedah pada cahaya matahari, semakin banyak Melanin akan dihasilkan oleh Melanocytes. Bila Melanocytes semakin aktif dalam melindungi kulit kita dengan menghasilkan lebih banyak Melanin, menyebabkan Melanin semakin banyak. Kulit kita yang semakin banyak Melanin menjadikan kulit nampak tompok-tompok hitam yang lebih dikenali sebagai jeragat.

2. Perubahan Hormon

Pil perancang dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat.

 

3. Penggunaan kosmetik dan skincare yang berbahaya

Kosmetik dan Skincare yang berbahaya adalah salah satu punca yang sangat tinggi menyebabkan jeragat. Selain mengandungi bahan bahaya seperti hydroquinon, merkuri dan sebagainya, ianya juga menyebabkan kulit semakin menipis disebabkan sifat menghakis (bleach) bahan tersebut. Disebabkan keinginan wanita diluar sana yang mahu putih, cerah, flawless secepat mungkin maka status produk dan keselamatan produk tidak diendah. Dari masalah kulit yang sensitif disebabkan terhakis ditambah pula dengan masalah jeragat. Semakin bermasalah!

 

4. Keturunan

Kaum keluarga terdahulu sperti nenek, datuk, ibu bapa mempunyai jeragat yang mana ianya diturunkan melalui genetik. Ianya sukar diatasi melainkan merubah genetik.

 

5. Wanita hamil

Wanita hamil adalah diantara yang sering mengalami jeragat. Ianya dipanggil Chloasma dan hanya muncul semasa wanita hamil disebabkan hormon yang tidak stabil. Namun, Chloasma ini perlu di kawal kerana kemungkinan ianya akan kekal selepas kelahiran.

 

 

Jeragat boleh diatasi jika kita ambil tahu bagaimana ianya terjadi. Jika kita sentiasa terdedah kepada matahari, kita boleh memakai pelindung UV. Namun, jika ianya atas faktor usia, ianya masih boleh dirawat dengan menggunakan produk skincare yang natural dan selamat.

Mahukan penyelesaian kepada masalah jeragat ? Jom dapatakan konsultansi Percuma dari kami dengan klik gambar dibawah untuk Whatsapp

 

http://tipsihatcantik.com/freeconsult/

Share on Whatsapp

Dapatkan Info Lanjut Tentang DerMAGs

Subscribe ke Mailing List Kami Untuk dapatkan info lanjut DerMAGs dan tips cantik dan sihat

Terima Kasih kerana melanggan Mailing List Tips Sihat & Cantik

Something went wrong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perlu bantuan? Whatsapp kami

Kami sedia bantu. Free consultation tentang masalah skin anda

Beauty Consultant

Nadia

Online

Beauty Consultant

Rinnie

Online

Online Shop Sellers

Zam

Online

NadiaJom saya bantu

Salam, ada masalah skincare? Jom Nadia bantu 00.00

RinnieBeauty Consultant Anda

Salam, perlukan bantuan? 00.00

ZamSedia membantu

Klik untuk bantuan di online shop 00.00