Ini Punca Jeragat dan Cara yang Betul untuk Rawat Jeragat

Ini Punca Jeragat dan Cara yang Betul untuk Rawat Jeragat


Biasa orang perempuan sangat risaukan jerawat bila naik. Tapi, jeragat ni pun salah satu benda yang sangat dirisaukan bila mana usia masuk 30an.

Jeragat ni bukan sehari dua keluar, tapi ianya bermula dari dalam kulit. Prosesnya dari dalam membuatkan kita tak perasan hinggalah pada satu hari tu bila kita tengok cermin, ternampak tompok-tompok hitam dekat pipi. Ahh, mau tak menjerit, ye tak?

 

Sebelum kita pergi cara betul untuk rawat jeragat, jom kita kenali jeragat dan punca-punca jeragat terjadi. Dengan mengenal apa itu jeragat, kita lebih faham bagaimana nak “Prevent & Protect” wajah kita.

punca jeragat

Apakah Jeragat?

Jeragat juga dikenali sebagai Melasma iaitu tompokan pigmen kulit sama ada di lapisan atas atau di lapisan bawah kulit.

ūüĎȬ†Kebiasannya, jeragat memenuhi di kawasan pipi, hidung dan dahi.
ūüĎȬ†Tompok jeragat adalah lebih gelap berbanding warna kulit.

ūüĎȬ†Jeragat boleh memenuhi keseluruhan muka apabila saiz jeragat yang kecil menjadi besar.

 

Apakah faktor-faktor terjadinya jeragat ?

1. Terdedah kepada sinaran UV dari cahaya matahari 

Bila muka kita terdedah pada sinaran UV, kulit akan meransang melanocytes untuk menghasilkan melanin.  Melanin pula berfungsi untuk melindungi sel kulit daripada rosak akibat sinaran UV.  Ini akan menyebabkan warna kulit bertukar menjadi hitam dan kusam.


2. Pengambilan pil hormon

Pil perancang yang mengandungi hormone estrogen atau progesteron dapat meransang pembentukan pigmen baru di lapisan kulit.


3. Faktor umur

Peningkatan umur mempengaruhi penghasilan kolagen untuk merawat kulit dengan maksima. Disebabkan kurangnya kolagen untuk merawat tisu dan sel kulit yang telah rosak, jeragat akan mudah berlaku.


4. Penggunaan kosmetik yang keterlaluan

Penggunaan barang kosmetik yang tidak berkualiti turut menyebabkan masalah jeragat. Alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya juga boleh menyebabkan kulit menjadi gelap dan jeragat menjadi makin teruk. Ini kerana bahan kimia (laktik asid atau hydroquinone) boleh menghakis kulit dan seterusnya menyebabkan sinaran UV boleh menembusi kulit dengan mudah.


5. Kehamilan

Hormon progesterone dan estrogen yang tinggi ketika hamil boleh menyebabkan pembentukan jeragat.


Sumber : Klinik MediSkin

Cara Betul Merawat Jeragat

#1 Pilihlah produk yang natural

Zaman sekarang berlambak produk-produk jeragat di pasaran jadi, sentiasa pilih produk yang natural. Jangan pandang remeh semasa memilih produk ya.

#2 Sentiasa pakai krim pelindung UV atau Sunscreen

Dah tahu nak keluar, jadi jangan lupa bersiap dengan memakai suncreen. Penting untuk lindungi wajah kita dari ‘direct’ sinaran UV.¬†

#3 Jangan galak sangat tukar produk skincare

Ya, betul ni. Bila pakai seminggu dua tak ok, terus cari produk lain sebab tak menjadi. Proses merawat jeragat bukan seminggu dua ya. Banyak faktor kena fikirkan. Ingat! Jeragat terjadi bukan dalam masa sehari atau seminggu atau sebulan, jadi proses merawat juga bukan juga sehari, seminggu atau sebulan. Kena banyak bersabar dan Istiqamah.

 

#4 Jangan campur produk 

Ini satu lagi orang kita selalu buat. Bila dah campur-campur, kita tak tahu mana satu yang baik untuk kulit kita dan mana satu lagi yang buat jeragat makin parah. Jadi, guna hanya satu produk atau satu set sahaja.

 

#5 Jika ambil pil perancang

Dapatkan saranan doktor pil perancang mana yang sesuai. 

 

Jika anda sedang mencari produk yang selamat, halal dan berkesan untuk merawat jeragat, kami cadangkan SECRETLEAF COMBO 3

 

Secretleaf Combo 3¬†ini adalah set percubaan bagi mereka yang baru nak cuba dan mengandungi 3 item –¬†BV INTENSIVE BEAUTY BAR 45G,¬†PEPTIDE PERFECTION SPOT SERUM 18ML dan¬†ARBUTIN NATURAL LIGHTENING CREAM 15ML.

Secretleaf Combo 3

Untuk maklumat lanjut boleh klik butang dibawah

 

Diharapkan artikel ini dapat memberikan sedikit info tentang jeragat yang rata-rata merupakan masalah utama orang Asia terutamanya Malaysia memandangkan cuaca yang agak panas di kawasan ini. 

Terima kasih kerana membaca artikel ini dan jangan lupa untuk kongsikan artikel dengan rakan-rakan lain supaya mereka mendapat manfaat seterusnya aware dengan masalah jeragat ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.