Produk Kecantikan Yang Selamat dan Berkesan ? Baca tips ini

Produk Kecantikan Yang Selamat dan Berkesan ? Baca tips ini

Cantik dan Wanita tak dapat dipisahkan. Tengok cermin, mesti nak nampak cantik, putih, flawless dan sebagainya. Kalau nampak jerawat dan jeragat mulalah hati tak keruan. Mulalah fikir macam-macam. Mulalah fikir macam mana nak buat ? Muka dah tak cantik?

Namun, bila dah jadi macam ni, mulalah beli produk yang bukan-bukan, yang menjanjikan langit dan bintang, yang hype teramat menakjubkan. Bila pakaia, nah kau! Muka lagi capuk, makin teruk. Jerawat, jeragat, segala jenis macam naik kat muka sampailah muka naik sensitif. Hari-hari pakai, terus muka sensitif, terus pakai makin merah, terbakar muka.

Jadi, untuk wanita-wanita diluar sana, kami nak bantu anda semua dengan share tips berikut. Tips berikut nampak mudah dan remeh tapi sangat penting jika anda sedang mencari produk yang sesuai dengan muka anda wahai wanita cantik semua!

Tips Untuk Memilih Produk Kecantikan Yang Selamat Dan Berkesan 

Tajuk atas ni agak hype kalau tak bagi disclaimer. Jadi, selamat dan berkesan ini lebih pada senarai KKM dan penggunaan selepas 3-6 bulan (bergantung pada jenis kulit dan faktor lain seperti lifestyle dan sebagainya).

1. Kenali jenis kulit anda

Sebelum memilih produk yang bersesuain, anda perlu tahu apa jenis kulit muka anda. Adakah jenis berminyak? atau kering? atau kombinasi?

2. Buat bacaan/kajian tentang produk yang dipilih

Tips dia, baca, baca, baca. Buat carian tentang produk. Baca review dari carian supaya kita tahu apa feedback/testimoni dari pengguna yang telah menggunakan produk tersebut. Tapi awas! bukan semua review/testimoni boleh dipercayai. Jadi baca dengan berlapang dada dan tidak bias dengan produk tersebut

3. Produk berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan

Setiap produk yang dikeluarkan perlu didaftarkan dibawah pihak berkuasa yang berkenaan. Bagi produk kecantikan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam mengesahkan produk kecantikan tersebut bebas bahan kimia terlarang dan sebagainya. Jadi sentiasa rujuk KKM untuk pastikan produk yang dipakai bebas bahan kimia terlarang.

4. Minta seberapa banyak testimoni yang berkaitan dengan masalah anda

Salah satu cara untuk dapatkan kepastian tentang produk adalah bertanya kepada pengedar produk berkaitan. Tanya sebanyak yang boleh. Anda akan tahu samada pengedar ini hanya ingin menjual atau ingin menyelesaikan masalah anda. Jadi banyakkan bertanya sebab tak salah pun. Produk yang hendak dipakai bukan sehari dua dan produk ini nak disapu pada muka jadi tanya sampai anda puas hati.

5. Apakah ada “after sales services”

Sangat penting. Bila lepas pembelian dan fasa mengguna, anda perlu bantuan dari segi cara guna, dos and dont’s dan tips berkala yang boleh bantu anda dapat wajah yang cantik dan berseri. Jadi lihat apa janji pengedar jika anda membeli dengan mereka? Jika tak memenuhi citarasa anda, cari pengedar lain yang menjual produk yang sama jika anda sudah buat keputusan untuk dapatkan produk tersebut.

6. Lihat keberkesanan produk selama 3-6 bulan

Keberkesanan produk bergantung pada banyak faktor. Jadi ianya akan ambil masa untuk fix masalah pada muka, terutamanya masalah jeragat, kulit kusam dan kulit sensitif. Jadi, bersabar dan konsisten menggunakan produk tersebut. Jika perlu, selalu “keep in touch” dengan pengedar untuk dapatkan bantuan dan tips menggunakan produk tersebut.

Zaman sekarang, makin banyak lambakan produk kecantikan. Yang timbang kilo, yang express, yang OEM dan sebagainya. Kita sebagai wanita yang bijak inginkan muka yang cantik perlu “educate” diri kita supaya sentiasa baca dan kaji produk yang ingin dibeli. Sentiasa bermaklumat supaya kita tidak mudarat kemudian hari.

Dapatkan Tips, Promosi Dari Kami

Subscribe ke Mailing List Kami Untuk dapatkan info lanjut dari Kami Tentang Skincare dan Wajah Anda

Terima Kasih kerana melanggan Mailing List Tips Sihat & Cantik

Something went wrong.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.